Make your own free website on Tripod.com

Ha.. Assalamualaikum.. nama saya Abdulsalam saya duduk kat Raudhatul Ulum ni.. Kat IRC saya guna nick ataNLazi ngan Zork_III Nak tau pasal saya?? Ni ha kat bawah ni adalah interview diri saya dengan saya sendiri
Sapa nama betul ko ni?
Nama saya Ahmad Abdulsalam bin Ahmad Fatan
Panjangnya nama.. nak panggil ko apa ni?
Orang biasa panggil aku Salam.. kekadang2 Lam je.. tapi nak panggil Amad boleh gak.. ada gak orang panggil aku Abang Salam. Ni pengaruh LANUN leni.. tapi ada la sorang dua panggil aku Samad.. nyanyuk le tu..
Ko kat IRC guna nick apa??
Kat dalnet aku guna nama Zork_III kat undernet lak aku guna nick ataNLazi.. selalu aku aa la kat channel ex-mrsm, utmjb, terengganu & surau..kampung pun selalu gak
Email ada?
Ada… abdsalam98@hotmail.com, Zork_III@hotmail.com
Aku tanya ada email ke tak, bukannya alamat dia… apa la lu ni…Ko ni orang mana ni?
Aku orang Muar..kat Pagoh. Rumah aku tepi highway tu je. Kampung aku namanya Kampung Sari Baru
Ko dulu sekolah kat mana?
Aaa.. dulu aku tak sekolah tadika..terus masuk sekolah rendah. Biasa la advance le katakan ..nama sekolah tu Sekolah Kebangsaaan Panjang Sari skarang ni mak ngan abah aku ngajo kat sana.P akcik ngan makcik aku pun sama gak. Aku masuk Sekolah Agama Panjang Sari masa aku darjah tiga. Pas tu aku masuk pulak Sekolah Menengah Sultan Alauddin Riayat Syah 1 kat pekan Pagoh. Aku sambung sekolah agama darjah lima kat Sekolah Agama Pekan Pagoh ..sampai sekolah khas beb! Lepas SRP aku masuk Maktab Rendah Sains Mara kat Muar.. Lepas aku grad kat situ.. MARA suruh aku belajo BI kat Kolej Negeri kat Negeri Sembilan… Lepas dapat result SPM aku pun masuk Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Aku amik Elektrik kat sini
Oooo gitu..nak tanya apa lagi aa?
Amende la ko ni.. tanya la apa hobi aku apa ke, makanan kegemaran apa ..
Malas la aku tanya…
Chis, aku potong gaji kang!!!
Ok la.. Ko suka makan apa?
Ntah tak tau..ikut selera la. Tengok la.. asalkan halal dan tak syubahat. Sebenonye aku suka makan belanja tau!
Apa yang ko minat ni?
 Aaa… aku suka main PC ,software, hardware (aku boleh pasang Pc tau). Aku suka guna Corel Draw, Internet, MIRC, Mechwarrior2 dll. Aku suka gak lukis kartun.. baca majalah ke..aku suka baca Lanun, Computimes Shopper, Ujang, Tamadun, Harakah & Dragon Ball. Cartoonist yang aku minat ialah Lambok, Duku, Ujang, Padi,Petai, Jering
Apa pengalaman paling manis pada kau?
Makan gul… eh..sori-sori… pengalaman aku paling manis ialah ketika dilahirkan oleh emak aku sebagai seorang Islam.
Lagi…
Melepak kat mekah & madinah
aaaa.. yang pahit lak..
Banyak wei.. jatuh moto, helmet hilang dua kali, motherboard terbakar (hasil experiment), lampu brek hilang, fail exam..aaa… cukup lah. Kang sedih lak aku.
Ko ni nanti nak keje apa ni?
Ntah lee..Engineer kot. Kalau tak pun jadi cartoonist ke.. Aku ingat nak jadi bussinessman la.. nak buka syarikat advertising..ntah! tengok le nanti.
Ko punya moto apa?
Aku guna moto Yamaha SS
Bukan moto tu laa.. kang aku lempang kang
Aik?? Nak lempang orang lak?? Lempang la .. aku tak kisah.
Apsal?
Pasal kalau kau lempang aku maknanya kau tampar diri kau sendiri la pasal kau adalah aku… aku adalah ngko…
Arghhh.. tensionn..
Ha.. tau pun..
Dah tu?
Dah la…

Kerana terlampau tension lepas interview ni, aku pun menampar seekor nyamuk kat pipi aku.. Pueh ati aku..nyamuk mati, aku pun dapat jugak menampar muka aku sendiri.

Moral: Jangan la cuba-cuba nak interview diri sendiri..buruk padahnya