SYURGA DAN NERAKA SIAPA PENGHUNINYA

SYURGA

DEFINASI

i. Menurut istilah

berasal dari perkataan bahasa arab iaitu Al-Jannah iaitu suatu tempat di alam akhirat yang penuh dengan segala kesenangan dan kenikmatan yang belum pernah dilihat mata, belum pernah didengar oleh telinga dan belum pernah terlintas dalam hati manusia.

Allah telah menyediakan syurga untuk semua hamba-Nya yang senantiasa bertakwa dan beramal soleh kepada-Nya semasa mereka hidup.

ii. Menurut bahasa

Taman yang dipenuhi atau ditutupi oleh pohon-pohon yang rendang sehingga bahagian atasnya menyerupai sebuah naungan atau payung yang dapat digunakan untuk berteduh dibawahnya.

NAMA - NAMA SYURGA

Di dalam Al-Quran , Allah telah berfirman dengan jelas bahawa syurga itu mempunyai nama-nama lain.

1. Syurga Firdaus

Firman Allah yang membawa maksud

" Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka adalah syurga Firdaus menjadi tempat tinggal"

( Al-Kahfi : 107 )

2. Syurga ‘Adn

Firman Allah yang bermaksud

" Allah menjanjikan kepada orang-orang mukmin lelaki dan perempuan syurga yang dibawahnya mengalir sungai-sungai yang mana mereka kekal di dalamnya serta mendapat tempat yang bagus di syurga ‘Adn."

( At-Taubah : 72 )

3. Syurga Na’im.

Di dalam surah Al-Hajj ayat 56, Allah berfirman sebagaimana berikut,

" Maka orang-orang yang beriman dan beramal soleh berada dalam syurga yang penuh kenikmatan (Na’im)."

4. Syurga Ma’wa.

Allah berfirman ertinya,

" Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya"

( An-Naziat : 41 )

5. Syurga Darussalam

Dalam Al-Quran, Allah telah berfirman seperti berikut

" Bagi mereka disediakan Darussalam (syurga) pada sisi Tuhannya dan Dialah pelindung mereka disebabkan amal-amal soleh yang selalu mereka kerjakan"

( Al-An’am : 127 )

6. Syurga Muqaamah

7. Syurga Al-Maqamul Amiin

8. Syurga Khuldi

CIRI - CIRI SYURGA

Keluasan.

Dalam Al-Quran ada menyebut mengenai berapa besarnya syurga itu.

" Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang yang bertakwa"

(Al-Imran:133)

Makanan

Di dalam syurga disediakan pelbagai jenis makanan dan minuman yang sangat lazat dari pepohon yang merendang dengan buah yang sangat lebat tanpa ada larangan untuk memetiknya.

" Di dalam keduanya ada macam-macam buah-buahan, kurma serta delima"

( Arrahman : 68 )

" Dan buah-buahan yang banyak, yang tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya."

( Al-Waqiah : 32-33 )

Gedung dan istana

Firman Allah dalam Al-Quran yang bererti,

" Maha suci (Allah) yang jika Dia mengkehendaki, nescaya dijadikannya bagimu yang lebih baik dari demikian, (iaitu) syurga yang mengalir sungai-sungai dibawahnya dan dijadikan untukmu istana-istana."

( Al-Furqan : 10 )

Perkataan

Para ahli syurga dapat berbicara seperti biasa namun segala perkataan yang diucapkan oleh ahli syurga merupakan perkataan yang diredhai oleh Allah iaitu perkataan yang tidak kotor , tidak keji, tidak berguna dan tidak membawa dosa.

" Mereka tidak mendengar didalamnya perkataan-perkataan yang sia-sia dan tidak pula perkataan yag menimbulkan dosa. Akan tetapi mereka mendengar ucapan salam."

( Al-Waqiah : 25-26 )

Pintu-pintu

Di dalam Al-Quran, kita boleh menjumpai firman Allah yang menyatakan dengan jelas dan pasti bahawa syurga itu mempunyai pintu-pintunya yang tersendiri. Malah dalam hadis Nabi SAW sendiripun ada mengemukakan bahawasanya jumlah pintu syurga itu ada lapan. Ini dapat dijelaskan lagi dengan menyingkap satu riwayat Ibnu Abbas r.a ,

" Syurga mempunyai lapan pintu dari emas yang dihiasi dengan mutiara"

Sungai-sungai

Di dalam syurga nanti, Allah akan menyediakan sungai-sungai yang airnya berupa:

    1. air yang tidak berubah rasa dan baunya
    2. air susu yang tidak berubah rasanya
    3. khamar (arak) yang lazat rasanya
    4. madu yang disaring

Hal ini sebagaimana kalamullah,

" Di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar (arak) yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring."

( Muhammad : 15 )

PENGHUNI SYURGA

Sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah, penghuni syurga itu terdiri daripada para muttaqin, iaitu orang-orang yang benar-benar bertakwa kepada Allah

( senantiasa taat dalam melakukan segala perintah serta meninggalkan segala laranganNya ); orang-orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh serta bersegera dalam memohon keampunan dan keredhaan Allah.

Ayat-ayat Al-Quran ada menerangkan apakah sifat-sifat manusia yang benar-benar beriman ,

    1. beriman kepada yang ghaib
    2. mendirikan solat dan berseru kepada orang lain untuk ikut serta melaksanakannya
    3. menafkahkan rezekinya ke jalan Allah
    4. mempercayai kebenaran dan mengamalkan segala isi kandungan kitab Al-Quran.
    5. percaya kepada kitab-kitab yang diturunkan sebelum Al-Quran seperti Taurat, Injil dan Zabur serta suhuf-suhuf yang lain yang diturunkan kepada para rasul dan terdapat dalam Al-Quran.
    6. yakin akan adanya kehidupan akhirat iaitu percaya akan adanya kehidupan sesudah dunia berakhir.
    7. apabila mendengar sebutan Allah, hati mereka berasa gementar
    8. apabila mendengar bacaan-bacaan ayat-ayat Allah, bertambahlah iman mereka.
    9. senantiasa berserah diri kepada Allah
    10. senantiasa bersabar terhadap apa jua yang menimpa mereka dan termasuk juga orang-orang yang berjihad fisabilillah.

 

Calon Syurga Firdaus

Calon Syurga ‘Adn

Calon Syurga Na’im

Calon Syurga Ma’wa

Calon Syurga Darussalam

Calon Syurga Darul Muqamah

Calon Syurga Almaqaamul Amiin

Calon Syurga Khuldi

* jadi berdasarkan keterangan ini ,yang telah dipetik daripada Al-Quran, memberikan pengertian bahawa manusia yang bertakwa, beriman dan beramal soleh kepada tuhan yang Esa saja dijanjikan tempat di dalam syurga. Cuma yang membezakan kedudukan mereka adalah sekuat manakah ketakwaan, keimanan dan amalan soleh mereka itu.

NERAKA

DEFINASI

i. Menurut Al-Quran

Dalam bahasa arab bererti api yang sangat panas.

Firman Allah:

Ertinya: "(Iaitu) api yang sangat panas."

(Al-Quran:Surah Al-Qaari’ah: ayat 11)

ii. Menurut istilah

Suatu tempat di akhirat yang penuh dengan segala seksaan, kesusahan dan kesengsaraan, yang wujudnya api yang bergejolak dan menyala-nyala yang teramat panasnya, disediakan oleh Allah untuk orang-orang kafir, orang yang mendustakan ayat Allah, munafik, musyrik, orang derhaka yang menimbunkan dosa dan bermacam golongan lagi.

CIRI-CIRI NERAKA

Gejolak, panas dan nyalaan api neraka.

Al-Quran telah menggambarkan dengan jelas sekali bahawa api yang berada dalam neraka bergelojak dengan bebas dan sangat hebatnya, yang bukan main panasnya seperti lautan api yang tak kunjung padam dan tak kunjung reda.

Jambatan di atas neraka.

Jambatan ini sangat lembut dan licin serta sangat tajam yang terbentang diatas neraka menuju syurga. Manusia akan melintasi jambatan yang mencemaskan dengan pelbagai cara, ada yang laluannya seperti kerdipan mata, ada yang seperti kilat, ada yang melintasinya dengan berjalan kaki sahaja malah ada juga yang merangkak. Perbezaan-perbezaan cara melintasi jambatan ini disebabkan amalan yang mereka lakukan selama di dunia.

Pohon-pohon di neraka.

Di dalam neraka terdapat pohon-pohon yang berduri dan pohon Zaqqum yang batangnya dan buahnya adalah makanan ahli neraka. Pohon zaqqum ini adalah sebatang pohon yang keluar dari dasar neraka yang menyala. Buahnya seperti kepala-kepala syaitan. Hal ini sebagaimana dikemukakan didalam firman Allah ertinya:

" Sesungguhnya kami menjadikan pohon zaqqum itu sebagai cubaan bagi orang-orang yang zalim. Sesungguhnya ia adalah sebatang pohon yang keluar dari dasar neraka yang menyala. Buahnya seperti kepala-kepala syaitan."

(Al-Quran: Surah Ash-Shaffat: 63 -65)

Rantai dan belenggu di neraka.

Di dalam neraka sememangnya terdapat rantai dan belenggu untuk mengikat serta menyeret dan membelenggu ahli neraka. Dimana rantai tersebut panjangnya 70 hasta. Menurut Muhamad bin Al-Munkadir r.a. mengatakan "Andaikata seluruh di dunia dikumpulkan, sesungguhnya tidak akan dapat menandingi satu daripada lubang rantai yang disebutkan Allah itu."

Bahan bakar di neraka.

Al-Quran menegaskan dengan pasti tentang bahan bakar neraka iaitu berupa manusia-manusia dan batu-batu.

 

CALON-CALON AHLI NERAKA

Calon Neraka Jahannam.

Calon Neraka Jahim.

Calon Neraka Hawiyah.

Calon Neraka Wail.

Calon Neraka Sa’ir.

Calon Neraka Ladhaa.

Calon Neraka Saqar.

Calon Neraka Huthomah.

 

 

 

KEADAAN AHLI NERAKA

  1. Mereka senantiasa diliputi dengan rasa takut dan khuatir, bersedih hati, menyesal, letih, dahaga, miskin dan sangat hina.
  2. Mereka terjerit-jerit meminta dikeluarkan dari neraka dan ingin mati.
  3. Penglihatan mereka kabur kegelapan.
  4. Muka-muka mereka menjadi hitam, hangus dan kelihatan muram bagaikan diselaputi debu.
  5. Pakaian mereka diperbuat daripada api neraka.
  6. Mereka disediakan makanan dari pohon yang berduri dan buah zaqqum yang jika di makan sama sekali tidak mengenyangkan apalagi menggemukkan.
  7. Segala minuman yang disediakan buat mereka berupa air dari mata air yang mendidih, nanah dan darah luka-luka ahli neraka.
  8. Permohonan-permohonan yang mereka ajukan kepada Allah ataupun para malaikat senantiasa ditolak.

 

KESIMPULAN