Make your own free website on Tripod.com

Karya Agung Gangsa

Nak tengok kartun? Ni dia:


Selingan:

HANTU RAYA MATA SATU MEMAKAN BUAYA

Pada suatu hari Ahmad (bukan nama sebenar) sedang duduk-duduk di tangga rumahnya. Jam menunjukkan 10 malam.Tiba-tiba dia menjerit…."Wharrggggg!!!!!…..". Dia bingkas bangun dengan kepalanya tunduk kebawah dan dihangguk-hanggukkan. Ahmad menjerit lagi sambil mengeluarkan bahasa yang asing."whargghhh…yeaarghh… with the light out it's less dangerous here we are now entertain us…whargrhhh…tiung!!! tiung!! jeng,jeng, jeng..gjeng,gjeeeenngggg". Dia pun melompat masuk ke rumah dan memakai baju.. "Arghh..boring, baik pegi warung Man"katanya dalam hati. Dia mencapai basikal dan pergi ke warung Man. Tiba kat sana dia pun duduk dan mengoder segelas teh tarik gelas besar. Pak Man mengambik ordernya dengan tersenyum aneh.Tiba-tiba dia ternampak satu buku di atas meja. Dia pun membaca buku tersebut. Setelah satu muka dibaca barulah dia tahu itu adalah buku seram. Dia pun melihat tajuk buku tersebut: "HANTU RAYA MATA SATU MEMAKAN BUAYA". Setelah melihat kiri dan kanan rupa-rupanya tiada orang lain disitu melainkan dia dan Pak Man. Dia melihat Pak Man. Didapati Pak Man sedang merenung tajam kepadanya dengan mata yang merah menyala… "Wei Mat.. dah abis minum belah la.. dah pukul 11 dah ni..aku dah ngantuk giler ni ..nak tutup kedai". Pak Man berkata kepadanya. "Ooo.." jawab Ahmad pendek. Ahmad pun membayar duit teh gelas besarnya dan keluar. Dia pun mengayuh basikalnya ke rumah. Tiba di rumah diapun gosok gigi dan tido…sekian tima kacih.