gamban.gif (11153 bytes)

Atas permintaan ramai akhirnya kami berjaya melahirkan album sulung kami dalam internet ni. Walaupun ada empat keping gambar sahaja, kami rasa sudah cukup untuk menandingi album Puji-pujian dan Syukur Raihan. Alaaa... kat album diorang tu bukannya ada banyak gambar pun. Balik-balik gambar diorang dengan budak kecik, dengan kompang. Kitorang lagi best, ada gambar motor, pinggan plastik, selipar, side mirror, nasik dll. Lagipun kitaorang ni pun baru je duduk bersama. Takat tu je lah..Orait bebeh..

rumah04.jpg (40429 bytes)

Lawatan ke 19 Gangsa 9 ketika rumah tersebut belum lagi diduduki oleh sesiapa (rumah baru beb). Kat tepi tu kelihatan rumput - rumput yang sedang seronok hidup dengan bahagia sebelum ianya di bunuh oleh Fajar dan Razi semasa cuti semester. Turut bahagia adalah dua orang rakan kami iaitu yang bertopi hijau tu dan kat kirinya yang pakai spek tu. Fajar dan Razi tidak sempat membunuh mereka kerana mereka sedang membuat latihan praktikal pada masa tersebut. Lagipun diorang ni boleh bercakap..susah sikit nak bunuh.

Ada kat gambar: Adli Rafai, Fajar, Nuhairi, Abdulsalam, Ismail, Razali, Ridhwan dan Raja Zazlan

Ketika jamuan hari raya Aidilfitri Fakulti Kejuruteraan Elektrik 1408H. Masa ni pun kitaorang tak pindah lagi. Semua sekali tengah duduk kat asrama.

Ada kat gambar: Rosli, Fajar, Nuhairi,   Abdulsalam, Asrul Azizi, Ismail dan Razi

rumah05.jpg (37870 bytes)
rumah01.jpg (44967 bytes)  

Kenduri kesyukuran masuk rumah. Ramai beb kitaorang jemput. Sampai kat luar orang duduk. Michael Jackson pun kata nak datang tapi tak jadi pasal tak reti baca Yasin. Tapi kami takdelah terkilan pasal takde orang pun jemput dia.

Tak ada kat gambar: Michael Jackson

 

Haa.. antara aktiviti kitaorang kat rumah ni ialah makan.Ni gambar kitaorang nak makan malam selepas sembahyang maghrib berjamaah

Ada kat gambar: Rosli, Ismail, Fajar, Razali, Abdulsalam, Adli Rafai dan Asrul

rumah02.jpg (48550 bytes)

Kalau terer teka la mana satu muka kitaorang. Kitaorang boleh bagi satu je ...iaitu Saiful Azmi (Jimi) yang pakai baju putih kat gambar kenduri tu..

 


Selain dari gambar yang kami baru scan ni , ada jugak   beberapa gambar kitaorang telah pun dijumpai didalam internet nih... Ntah macam mana ntah boleh termasuk tak tau la...

Kalau nak tengok la kat bawah ni. EnjoY oUr keheNseMan!...

Gambar-gambar kitaorang semasa berada di Hokaido, Jepun (ketika menghadiri seminar pembuatan selipar jepun anjuran Belia 4B Kampung Melayu Bt. 10, Skudai).

pow2.jpg (11186 bytes)
Razi (dibelakang kamera tengah basuh motor)
u1.jpg (9530 bytes)
Fajar
tengah gosok baju( kat bilik bawah huruf "O" tingkat paling atas bangunan kat belakang tu)
u8.jpg (8208 bytes)
Jimi (kat bawah kaki Ultraman)
u2.jpg (9290 bytes)
Rosli, Mail, Salam dan Asrul sedang makan goreng pisang di warung (lihat sebelah kiri bawah gambar)
pow3.jpg (9705 bytes)
Adli
dalam baju Ultraman hadiah dari Ketua Kampung Hokaido 
pow1.jpg (9852 bytes)
Adli sedang menyergah Zali (dalam baju resaksa) ketika sedang menyikat rambut.
JENUN.jpg (1191 bytes)
Bukan gambar Nuhairi (sekadar hiasan)

Ketika seminar tersebut kami berjaya melihat 40 ekor rasaksa dapat dibunuh oleh Ultraman. Kejayaan ini adalah kerana terlalu   banyak Ultraman yang tinggal kat Hokaido (ambik gambo je ada Ultraman, amik gambo je ada Ultraman, tensen sungguh). Jimi hampir-hampir dipijak oleh Ultraman kerana tidak menyalakan lampu  signal ketika membelok masuk ke rumah Ketua Kampung Hokaido. Untuk mengambil hati Jimi, Ketua Kampung Hokaido telah memberikan satu sut baju Ultraman dan satu sut baju resaksa kepada Jimi. Jimi telah memberikan kedua-dua sut tersebut kepada Zali dan Adli kerana tak muat. Walaubagaimanapun kami kecewa kerana tidak dapat berjumpa dengan Gaban kerana beliau sakit demam campak ketika berada di ruang angkasa setan.